KONVENSYEN PENTADBIR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA2024

20 - 22 Ogos,2024 Bandung, Indonesia.

Mengenai Konvensyen '24

LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASTI yang bersidang pada tahun 2021 telah bersetuju bahawa Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA) Edisi ke-5, MASTI perlu mengorak langkah lebih jauh dalam penganjurannya iaitu menganjurkannya di luar Malaysia dan peringkat Antarabangsa. MASTI telah memutuskan pilihan lokasi iaitu di Bandung, Indonesia dan dihoskan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) UniMAP bagi Sambutan Hari Pentadbir 2024.

OBJEKTIF
Mewujudkan platform utama yang menghimpun dan meraikan para Pentadbir Universiti Awam dalam berkongsi amalan terbaik. Program ini menjadikan acara dwi-tahunan yang terbesar di peringkat kebangsaan. Memberikan suntikan motivasi dan proses penanda aras kepada Pentadbir bagi mencapai kualiti perkhidmatan terbaik di universiti masing-masing di samping mengiktiraf sumbangan, kepakaran dan kejayaan masing-masing. Membina jenama Pentadbir Universiti Awam dalam bidang masing-masing dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan universiti. Mengiktiraf peranan Pentadbir Universiti Awam menerusi Majlis Anugerah Gemilang MASTI

TARIKH & LOKASI
Tarikh penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2024 adalah pada 20 (Selasa) - 22 Ogos 2022 (Khamis).
Program ini akan dijalankan secara hybrid dengan melibatkan aktiviti seperti berikut:
# Konvensyen (Ucaptama, Forum, Pembentang Kertas Kerja Utama dan Pembentang Kertas Kerja Selari);
# Pameran dan pertandingan poster Persatuan-Persatuan Pentadbir Universiti Awam;
# Majlis Anugerah Gemilang MASTI Tahun 2024; dan
# Projek Antarabangsa Tanggungjawab Sosial Korporat (iVCOREIII)

Invited Speakers