PENGHANTARAN KERTAS KERJA

Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 (kali ke-4) anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) merupakan sebuah platform yang bertujuan memberikan suntikan motivasi kepada para Pentadbir dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui aktiviti-aktiviti utama yang dianjurkan, antaranya pembentangan kertas kerja berilmiah oleh para pentadbir.

Melalui sesi ini para pentadbir dari seluruh universiti awam di Malaysia adalah dijemput untuk menghantar hasil penulisan masing-masing serta menyaksikan pembentangan-pembentangan penyelidikan dan kajian kes yang telah dijalankan mengikut skop amalan terbaik pengurusan dan tadbir urus jabatan-jabatan di sektor pengajian tinggi negara, termasuk inovasi produk dan proses kerja. Berasaskan kepada tema “Pentadbir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang” yang dipilih pada tahun ini, persidangan kertas kerja adalah terbuka mengikut kategori-kategori seperti di bawah:

1. Mentransformasi Agenda Kompetensi Bakat Universiti
2. Mengurus Kepelbagaian Dalam Pasca Pandemik
3. Analitik Data: Pembuatan Keputusan Bermaklumat
4. Generasi Hilang (Lost Generation): Kesan Covid-19 Kepada Pendidikan Tinggi
5. Inovasi Berteknologi: Impak Kepada Ekosistem Sejagat
6. Kelestarian, Strategi dan Cabaran

Selain mengetengahkan konsep pembentangan kertas kerja yang akan akan diterbitkan sebagai kompilasi buku terbitan khas di akhir program, kupasan-kupasan topik yang dibentangkan diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua pentadbir dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan di sektor pengajian tinggi serta yang berkaitan dengannya.

Semua pentadbir dari universiti-universiti awam di Malaysia adalah dengan hormatnya dijemput hadir dan mendaftar sebagai pembentang kertas kerja melalui pautan dibawah.

Penghantaran abstrak dan kertas kerja boleh dibuat dengan mengisi pautan dibawah

Hantar Abstrak & Kertas Kerja