ABSTRAK (CONTOH)

PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK UNIVERSITI: MENJANA KEUNTUNGAN SECARA BERETIKA

[Penulis Pertama], [Penulis Kedua], [Penulis Ketiga], dan [Penulis Keempat]

[Jabatan Penulis Pertama], [Universiti]

[Emel Penulis Pertama]

[ruang baris]

Abstrak

Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang menghasilkan pelbagai jenis Harta Intelek (IP). Ia juga menyumbang kepada aktiviti penjanaan pendapatan menerusi aktiviti pengkomersialan IP seperti perlesenan, penjualan IP, perundingan dan sebagainya. Staf universiti terutamanya penjawat awam diberikan kebenaran bersyarat dan perlu dipatuhi sekiranya ingin terlibat dalam bidang pengkomersialan. Kajian ini telah dijalankan bagi mengenalpasti kepentingan etika penjawat awam di universiti terhadap usaha-usaha pengkomersialan IP yang digariskan oleh universiti. Melalui sesi temuramah separuh berstruktur (Semi-structured Interview) yang dizahirkan menerusi Analisis Pendapat Pakar Bidang (Expert Opinion Analysis), Delphi, kajian kualitatif ini mendapati antara model pengkomersilan yang dapat menekankan kepentingan etika dalam aktiviti penjanaan pendapatan di peringkat universiti adalah melalui pewujudan dan penguatkuasaan polisi pengkomersialan IP yang holistik di peringkat universiti. Polisi yang diwujudkan bukan sahaja membenarkan usaha-usaha pengkomersilan IP secara berstrategi malah mampu mengawal secara menyeluruh semua isu berkaitan etika yang mungkin wujud pada setiap fasa-fasa dalam keseluruhan spektrum pengkomersilan IP universiti, termasuk fasa penjanaan idea, penentuan konsep, pembangunan teknologi, pengkomersialan produk, dan juga penambahbaikan strategi sebelum produk melalui fasa pengakhiran proses sebelum tempoh produk matang. Kelemahan penguatkuasaan polisi selepas perwujudannya juga boleh menyebabkan pelbagai salah laku yang melibatkan kewangan, penyalahgunaan harta universiti, ketidaktelusan terhadap tugas hakiki dan lain-lain. Kesimpulannya, bagi memastikan penjanaan keuntungan dalam kalangan staf universiti dijalankan secara beretika, polisi pengkomersilan perlu diwujudkan, diperkemas dan diperkasakan melalui inisiatif-inisiatif kesedaran yang perlu dijalankan oleh universiti agar integriti dan profesionalisme staf terpelihara ke arah kemampanan ekosistem pengkomersilan yang lebih produktif. (CONTOH TEKS)

Kata kunci: Pengkomersialan, harta intelek, etika, universiti